Coquitos, kelapa bersaiz comel  - Utusan Malaysia

Coquitos, kelapa bersaiz comel 

COQUITO iaitu kelapa bersaiz kerdil yang tumbuh secara meliar di Chile. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 CHILE: Coquitos atau dikenali sebagai kelapa kerdil sama seperti kelapa biasa lain yang mempunyai permukaan berwarna coklat di bahagian luar dengan warna putih di bahagian dalam serta mempunyai rasa yang sama. 

Oddity Central melaporkan, kelapa sawit Chile itu mendapat namanya dari getah manis yang diekstrak daripada batangnya, yang digunakan orang Chile untuk membuat arak dan sirap. 

Memerlukan masa selama 50 tahun untuk mencapai kematangan dan dapat hidup selama satu abad atau hingga satu milenium. 

Dari lebih 2,600 spesies sawit yang diketahui, Jubaea Chilensis adalah buah kedua paling besar dengan ketebalan di pangkalnya yang mampu melebihi saiz dua meter. 

Menurut Melissa yang memiliki syarikat yang menjual coquitos di California, buah itu memiliki rasa seperti kelapa yang manis, rasa kacang dan tekstur rangup. 

Boleh dimakan sepenuhnya malah kulitnya dikatakan akan meninggalkan rasa yang kurang menyenangkan. 

Buah itu boleh dimakan dengan hanya sekali gigit dan dicincang serta ditambah dalam pemanis mulut, makanan ringan dan minuman. 

Coquito tumbuh secara meliar di Chile serta boleh didapati di pasar raya dan kedai yang menjual kacang. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya