China rekod kes kematian pertama selepas lapan bulan  - Utusan Malaysia

China rekod kes kematian pertama selepas lapan bulan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China merekodkan kes kematian Covid-19 pada Khamis selepas lapan bulan tanpa sebarang kematian dilaporkan. 

Negara itu juga bertarung dengan ledakan kebangkitan kes baharu dan bersiap sedia menyambut ketibaan pasukan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

China berjaya mengawal jangkitan wabak itu selepas melaksanakan perintah kawalan pergerakan, ujian calitan besar-besaran dan larangan pergerakan. 

Namun begitu, minggu ini menyaksikan jumlah jangkitan terus meningkat naik terutamanya di kawasan utara. 

Sebanyak 138 jangkitan dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Khamis, sekali gus menjadikan kes harian tertinggi sejak pandemik bermula Mac tahun lalu. 

Menurut suruhanjaya itu, 124 kes baharu merupakan jangkitan kes tempatan dengan 81 kes dilaporkan di wilayah Hebei meliputi Beijing dan 43 kes di timur laut wilayah Heilongjiang. 

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai kes kematian terbaharu itu oleh pihak berkuasa kesihatan kecuali yang berlaku di Hebei. 

Beberapa bandar pula diperintahkan menjalani perintah kawalan pergerakan. -AFP 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya