China benarkan pengawal pantai tembak kapal asing - Utusan Malaysia

China benarkan pengawal pantai tembak kapal asing

CHINA meluluskan undang-undang yang membenarkan pasukan pengawal pantai menembak kapal asing yang menceroboh perairan negara itu. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China telah meluluskan undang-undang yang buat pertama kali membenarkan pasukan pengawal pantai negara republik itu untuk menembak mana-mana kapal asing yang menceroboh perairan mereka.

Langkah itu secara tidak langsung meningkatkan lagi ketegangan di wilayah Laut China Selatan yang dipertikaikan dan beberapa perairan berdekatan. 

China ketika ini mempunyai pertikaian hak kedaulatan maritim dengan Jepun di Laut China Timur dan beberapa negara Asia Tenggara di Laut China Selatan. 

Berdasarkan beberapa laporan media tempatan, badan perundangan tertinggi China, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan meluluskan Undang-Undang Pengawal Pantai semalam.

Berdasarkan draf rang undang-undang yang didedahkan sebelum ini, pasukan pengawal pantai dibenarkan menggunakan apa-apa tindakan berpatutan untuk menghentikan mahupun menghalang sebarang ancaman daripada kapal asing.    

Rang undang-undang itu juga menjelaskan mengenai keadaan tertentu yang mana pelbagai jenis senjata seperti senjata tangan, kapal atau udara boleh digunakan. 

Rang undang-undang itu membenarkan anggota pengawal pantai merobohkan sebarang struktur dibina negara lain di kawasan terumbu didakwa milik China selain menaiki dan memeriksa mana-mana kapal asing yang berada di perairan dituntut oleh republik itu.   

Ia juga memberi kuasa kepada pengawal pantai untuk mewujudkan zon larangan sementara `seperti diperlukan’ bagi menghentikan kapal dan anggota lain daripada memasukinya.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, undang-undang itu selaras dengan amalan antarabangsa.

Artikel pertama di bawah rang undang-undang menyatakan bahawa undang-undang itu diperlukan bagi melindungi kedaulatan, keselamatan dan hak maritim China. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya