CDC pantau kes alahan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

CDC pantau kes alahan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) masih memantau reaksi alahan akibat vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan Moderna.

Badan itu juga menggesa agar mana-mana-mana individu yang mempunyai reaksi alahan teruk supaya tidak mengambil suntikan dos kedua.

dalam satu sidang akhbar, CDC memaklumkan alahan vaksin berlaku pada kadar 11.1 bagi setiap sejuta vaksinasi.

Keadaan itu dilaporkan lebih tinggi berbanding alahan suntukan vaksin selesema yang berlaku pada kadar 1.3 bagi setiap satu juta suntikan.

Sehubungan itu, CDC menyifatkan kadar alahan masih meningtkat secara luar biasa.

Selain itu, badan tersebut juga merancang untuk mengemas kini sebarang perkembangan berhubung vaksin dan alahan menerusi laman webnya setiap minggu.

Malahan, CDC menggesa semua pusat vaksinasi supaya tidak hanya mengenal pasti alahan, tetapi juga dilatih untuk menguruskan mereka yang mengalami alahan tersebut sebelum di bawa ke hospital.

Setakat ini, seramai 28 orang yang sudah menerima suntikan vaksin Pfizer terkena alahan. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya