Brisbane laksana perintah berkurung tiga hari - Utusan Malaysia

Brisbane laksana perintah berkurung tiga hari

BRISBANE laksana perintah berkurung selama tiga hari susulan penularan varian baharu Covid-19 dalam kalangan pekerja hotel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Bandar Brisbane melaksanakan perintah berkurung selama tiga hari selepas seorang pekerja di sebuah hotel yang menjadi pusat kuarantin dijangkiti varian baharu Covid-19 United Kingdom (UK).

Seorang tukang cuci dijangkiti varian baharu tersebut dari seorang pelancong yang menjalani kuarantin di sebuah hotel di sini.

Bermula petang ini, lebih dua juta penduduk di Brisbane perlu duduk di rumah dan hanya keluar jika mempunyai urusan penting.

Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk memaklumkan, pihak berkuasa kesihatan berusaha untuk mengekang penularan varian baharu tersebut dengan kadar segera.

Varian baharu tersebut didakwa lebih mudah berjangkit berbanding strain Covid-19 yang dikesan di negara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya