WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani perintah eksekutif yang memberi keutamaan kepada syarikat dan produk keluaran negara ini.
Langkah itu diambil ketika pentadbiran baharu Biden berusaha untuk meningkatkan sektor pembuatan negara susulan pandemik Covid-19.
Selain itu, langkah tersebut juga bagi menyelamatkan sektor industri dengan meningkatkan pelaburan di kilang dan pekerja.
Washington membelanjakan AS$600 bilion (RM2,426 bilion) setiap tahun untuk kontrak sektor pembuatan, dan perintah itu mengukuhkan kelemahan yang membolehkan agensi persekutuan membeli produk dengan cap ‘Buatan Amerika’ . – AFP