KABUL: Pihak berkuasa di Kabul mengalu-alukan pelan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) untuk menyemak perjanjian keamanan antara Washington dan Taliban yang membuka jalan bagi pengunduran sepenuhnya tentera AS dari Afghanistan, pada May nanti.
Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden, Joe Biden, Jake Sullivan semalam memberitahu rakan sejawatnya di Afghanistan, Hamdullah Mohib bahawa Washington akan menyemak semula perjanjian tahun lalu yang merupakan isu berpanjangan dituntut Kabul bagi menandatangani kemungkinan pertukaran polisi di Rumah Putih di bawah kepemimpinan baharu.
Perjanjian yang ditandatangani di Doha pada Februari 2020, berdasarkan rundingan secara rahsia antara Kerajaan AS Donald Trump dengan pemimpin Taliban.
Perjanjian itu melibatkan komitmen militan untuk mengurangkan konflik dan berunding dengan Kerajaan Afghanistan.
Bagaimanapun, keganasan semakin meningkat sejak perjanjian itu ditandatangani yang memaksa Kabul membebaskan ribuan banduan Taliban yang mengikat hubungan Presiden, Ashraf Ghani dengan Washington.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Afghanistan, Sediq Sediqqi memuat naik kenyataan dalam Twitter dengan mengalu-alukan niat AS untuk menyemak semula perjanjian AS-Taliban pada Februari 2020.
“Perjanjian itu tidak mencapai tujuan yang diinginkan untuk mengakhiri keganasan Taliban dan membawa gencatan senjata yang diinginkan oleh rakyat Afghanistan. Taliban tidak menepati komitmennya,” katanya.
Taliban memerintah Afghanistan sejak 1996 sehingga ketibaan tentera AS pada 2001. -ARAB NEWS