Belon Trump Baby dipamerkan di Muzium London - Utusan Malaysia

Belon Trump Baby dipamerkan di Muzium London

BELON Trump Baby bakal dipamerkan di Muzium London. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Muzium London bakal mempamerkan belon Trump Baby yang pernah muncul di kebanyakan protes di seluruh dunia, sebagai kenangan terhadap kepemimpinan Presiden Donald Trump dan kontroversinya.

Lapor CBS News, Muzium London dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sudah berusaha sejak 2019 bagi memperoleh belon yang kelihatan seperti versi kartun Trump yang memiliki muka garang dan memakai lampin.

“Selepas menjelajah hampir seluruh dunia, belon tersebut kini menuju ke tempat rehat yang terakhirnya iaitu Muzium London. 

“Ia akan dijaga dan mungkin dipamerkan di muzium baharu di West Smithfield dalam beberapa tahun akan datang,” jelas kenyataan itu. 

Jelas kenyataan itu, ia akan dipamerkan bersama beberapa objek berkaitan gerakan hak dan barang milik Brian Haw, yang sebelum ini aktif melakukan protes di luar Parlimen.

Pengarah Muzium London, Sharon Ament dalam kenyataan menyifatkan London sebagai sebuah bandar polyglot yang terbuka dan sentiasa berkembang. 

“Dari Suffragettes pada awal abad ke-20 hingga perarakan anti-penjimatan (austerity), kebebasan bersuara dan Black Lives Matter baru-baru ini, ibu kota ini selalu menjadi tempat untuk memberi pandangan anda.

“Dengan mengumpulkan koleksi belon Trump Baby, kita dapat menandakan gelombang perasaan dan peristiwa penentangan tertentu yang menunjukkan warga London bersatu padu dalam menghadapi kesukaran yang melampau,” katanya.

Trump Baby direka oleh artis warga Britain, Matthew Bonner pada 2018 dan diapungkan berdekatan bangunan Parlimen di London dalam satu demonstrasi yang membantah lawatan Presiden Trump ke United Kingdom (UK).

Permohonan mengapungkan belon itu diluluskan oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan selepas lebih 10,000 orang menandatangani petisyen dan sumbangan 20,000 Pound (RM110,530) diterima menerusi kempen crowdfunding. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya