Beli motosikal guna duit syiling - Utusan Malaysia

Beli motosikal guna duit syiling

AHMAD RASIDI menunjukkan duit syiling yang dikumpulnya untuk membeli motosikal di Banyuwangi, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sepasang suami isteri yang berasal dari daerah Banyuwangi membeli sebuah motosikal menggunakan duit syiling seberat 43 kilogram.

Lapor Tribunnews, duit syiling tersebut dikumpul oleh pasangan suami isteri itu sejak 2018.

Ahmad Rasidi memberitahu, dia dah isterinya, Amidah mula menabung duit syiling dalam botol air mineral.

“Kami hanya menyimpan duit syiling bernilai 1,000 rupiah dan selepas empat botol mineral itu penuh, kami tukar tabung ke tempat yang lebih besar termasuk tong air.

“Duit syiling itu diperoleh hasil pelanggan yang datang ke kedai kami,” katanya.

Setelah berfikir masak-masak, Rasidi dan isterinya membuat keputusan untuk membeli motosikal dengan menggunakan duit syiling tersebut.

Katanya mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi dan menggunakan duit syiling tersebut untuk menampung kos beli motosikal.

Rasidi memberitahu, pekerja kedai motosikal mengambil masa empat jam untuk mengira semua duit syiling yang bernilai 9.4 juta rupiah (RM2,719).

Suami isteri tersebut kemudiannya menambah sedikit lagi wang untuk membeli motosikal yang berharga 21.5 juta rupiah (RM6,214).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya