Bawa dokumen untuk kenal pasti identiti mangsa - Utusan Malaysia

Bawa dokumen untuk kenal pasti identiti mangsa

PASUKAN penyelamat menemukan serpihan bangkai pesawat Srwijiaya Air yang terhempas di kawasan perairan Pulau Laki, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis meminta keluarga mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di lautan semalam membawa sejumlah dokumen ke balai polis.

Jurucakap polis, Ahmad Fauzi berkata, dokumen itu diperlukan untuk memudahkan proses mengenal pasti korban.

“Keluarga yang datang ke pusat krisis perlu membawa dokumen berkaitan termasuk barangan milik mangsa dan rekod rawatan gigi bagi memudahkan proses mengenal pasti identiti menerusi DNA.

“Kad keluarga juga perlu dibawa untuk proses pengecaman menerusi cap jari,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Selain itu, Ahamad Fauzi juga menyatakan beberapa barangan seperti berus gigi yang sudah dipakai milik mangsa, pakaian dalam yang belum dicuci juga boleh dibawa untuk prosedur kenal pasti identiti.

Malahan, ibu bapa atau anak mangsa perlu datang untuk mengambil sampel DNA.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya