Bantuan segera disalurkan kepada penduduk Mamuju, Majene - Utusan Malaysia

Bantuan segera disalurkan kepada penduduk Mamuju, Majene

PENDUDUK melihat bangunan Pejabat Gabenor Sulawesi Barat di Mamuju yang runtuh akibat kejadian gempa bumi di Indonesia. - ANTARA  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) telah menyalurkan bantuan segera kepada penduduk di Mamuju dan Majene yang terjejas akibat bencana gempa bumi di Sulawesi Barat, Indonesia.    

Lapor CNN Indonesia, Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Raditya Jati berkata, bantuan segera diarahkan kerajaan itu antaranya merangkumi 2,400 bungkusan makanan; 2,400 pek makanan tambahan kesihatan; 1,200 bungkusan lauk pauk, 700 helai selimut, 500 pek barangan kelengkapan bayi, 500,000 helai pelitup muka, 700 paket mee dan 30 unit generator.    

Katanya, BNPB juga sudah mengagihkan beberapa bantuan untuk menangani bencana gempa bumi di Mamuju dan Majene.

Antara bantuan yang diedarkan ke lokasi tersebut adalah empat helikopter dikerahkan untuk menyokong pasukan kecemasan, lapan set khemah pengasingan dan 10 set khemah untuk pelarian.   

Dalam pada itu, media Indonesia melaporkan jumlah kes kematian akibat gempa bumi terus meningkat dengan 46 orang maut di Mamuju dan Majene.

Pusat Pengurusan Operasi BNBP memaklumkan sebanyak 37 orang meninggal dunia di Mamuju manakala sembilan orang maut di Majene.  

Media lain pula melaporkan, sekurang-kurangnya 67 orang meninggal dunia akibat kejadian gempa bumi di kepulauan Sulawesi. 

Sementara itu, lapor Kompas.Com, menurut Raditya dalam satu kenyataan, seramai 826 penduduk Mamuju dan Majene yang mengalami kecederaan parah dan ringan telah menerima rawatan.

“Seramai 189 orang di Mamuju yang cedera serius sudah dirawat selepas kejadian gempa bumi itu.

“Di Majene pula, seramai 637 orang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar manakala sekitar 15,000 dipindahkan ke 10 pusat pemindahan,” katanya.

Tambah Raditya, ketika ini, pesakit yang menerima rawatan di hospital yang terjejas juga telah dipindahkan sementara ke hospital lapangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya