DENPASAR: Satu bangkai ikan paus sepanjang hampir 14 meter terdampar di tepi sebuah pantai, di sini hari ini.
Pihak berkuasa Bali memaklumkan satu siasatan dialkukan bagi mengenal pasti punca kematian paus tersebut yang sebelum ini dilihat buat pertama kali di kawasan perairan cetek berhampiran pantai Batu Belig.
Penduduk tempatan memaklumkan orang ramai memenuhi kawasan tersebut untuk melihat bangkai ikan paus berkenaan, namun ramai yang tidak tahan dengan bau busuk bangkai tersebut.
Pegawai pemuliharaan Bali, Prawono Meruanto berkata, bangkai paus itu mungkin dari spesies Bryde.
Bangkai itu kemudiannya ditanam menggunakan jentera berat. – AFP