Baik pulih 2,000 paip secara percuma - Utusan Malaysia

Baik pulih 2,000 paip secara percuma

JAMES ANDERSON membantu menawarkan perkhidmatan membaik pulih secara percuma kepada keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prihatin dengan nasib penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19, seorang tukang paip di United Kingdom (UK) membantu menawarkan perkhidmatan membaik pulih paip dan alat pemanas secara percuma kepada golongan tersebut.

Lapor CNN, James Anderson, 53, berasal dari Burnley, sebuah bandar di Lancashire, England berkata, pihaknya sudah menawarkan lebih 2,000 perkhidmatan membaik pulih kecemasan secara percuma kepada penduduk kurang upaya dan warga emas ketika pandemik tersebut. 

“Sejak awal 2020 dan sepanjang pandemik itu, kami bekerja tujuh hari seminggu untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan.

“Kami berjuang bersama anda dan akan terus melakukannya hingga akhir. Kami tidak akan membiarkan anda begitu sahaja,” kata Anderson di Facebook. 

Menurut Anderson yang mempunyai lebih 21 tahun pengalaman, dia bertekad membantu golongan memerlukan perkhidmatan kecemasan itu selepas menyaksikan seorang warga emas yang kurang upaya ditipu sebanyak 5,500 Pound (RM30,227) bagi kerja-kerja membaik pulih paip. 

Jelas Anderson, pada 2017, dia menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Disable and Elderly Plumbing and Heating Emergency Response (DEPHER) untuk menawarkan perkhidmatan membaik pulih secara percuma kepada individu kurang upaya dan warga emas di dalam komuniti.

Katanya, sejak ditubuhkan, syarikat itu sudah membantu lebih 10,279 keluarga di seluruh UK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya