AstraZeneca sangkal dakwaan vaksin tidak berkesan - Utusan Malaysia

AstraZeneca sangkal dakwaan vaksin tidak berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca mempertahankan keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkannya, selepas beberapa media melaporkan kerajaan Jerman meragui suntikan itu terhadap warga emas yang berusia 65 tahun ke atas.

Lapor akhbar The Handelsblatt dengan memetik sumber, Berlin menganggarkan tahap keberkesanan suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan golongan itu adalah sebanyak lapan peratus sahaja.

Akhbar Bild juga melaporkan bahawa Berlin tidak menjangkakan vaksin tersebut akan menerima lesen untuk digunakan terhadap warga emas, yang dilihat sebagai cabaran besar untuk melancarkan pelan itu di kebanyakan negara.    

“Beberapa laporan mendakwa kononnya tahap keberkesanan vaksin AstraZeneca-Oxford terhadap warga emas 65 tahun ke atas adalah serendah lapan peratus adalah tidak benar. 

“Pada November tahun lalu, kami menyiarkan data di Jurnal Lancett yang menyatakan warga emas menunjukkan tindak balas imun yang kuat selepas pengambilan vaksin.

“Malah, 100 peratus golongan itu menghasilkan antibodi spesifik selepas suntikan dos kedua,” katanya.

Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan amaran terhadap AstraZeneca berhubung kelewatan penghantaran berjuta-juta dos vaksin Covid-19 kepada blok tersebut. 

Minggu lalu, AstraZeneca berkata, pihaknya tidak akan memenuhi perjanjian penghantaran bekalan vaksin itu kepada EU disebabkan penurunan hasil di lokasi pembuatan di rantaian bekalan Eropah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya