Alasan tidurkan anak lepas sekatan jalan raya - Utusan Malaysia

Alasan tidurkan anak lepas sekatan jalan raya

SEMUA pergerakan tidak penting dilarang di United Kingdom dan orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah masing-masing. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pegawai polis mendapat pujian selepas memberikan laluan kepada pasangan suami isteri yang mahu menidurkan anak mereka semasa ditahan di sekatan jalan raya bagi membendung penularan Covid-19, lapor The Mirror.

Pengurus Pemasaran di Dublin, Doug Leddin memuat naik ciapan dalam Twitter dan berkongsikan tanda penghargaan kepada pegawai polis Garda yang memahami situasi keluarganya serta membenarkannya meneruskan perjalanan.

Dia menceritakan semasa ditahan dalam sekatan jalan raya tersebut dan ditanya: “Adakah tujuan perjalanan anda ini penting?” soal polis itu.

“Ya, kami sedang berusaha untuk menghentikan bayi ini daripada menangis,” jawabnya.

“Tiada yang lebih penting, silakan pergi,” balas polis itu.

Ciapan tersebut menerima ribuan tanda suka termasuk daripada ibu bapa lain yang pernah melalui pengalaman sama.

Polis di United Kingdom memberi amaran kepada orang ramai yang cuba merentasi sekatan jalan raya semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan ketika kes Covid-19 semakin meningkat.

Sebelum ini, empat sekawan dari rumah berbeza disaman sebanyak 200 pound seorang (RM1,098) selepas memandu sejauh 98 kilometer dari Manchester ke Mcdonald’s di Uttoxeter.

Mengikut undang-undang perintah kawalan pergerakan, semua pergerakan tidak penting dilarang dan orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah masing-masing.

Bagi individu yang melanggar undang-undang tersebut, mereka boleh dikenakan notis penalti sebanyak 200 pound untuk kesalahan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya