Ahli politik pembangkang Hong Kong jadi sasaran China - Utusan Malaysia

Ahli politik pembangkang Hong Kong jadi sasaran China

BEN CHUNG, ahli politik pro-demokrasi ditahan polis di Hong Kong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seramai 50 ahli politik pembangkang Hong Kong ditahan dibawah undang-undang keselamatan baharu, dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan terhadap pengkritik lantang kerajaan Beijing.

Operasi polis terbaharu itu dilaksanakan ketika China mengekang pembangkang di wilayah separa autonomi itu selepas berjuta-juta penduduk berhimpun di jalan raya untuk melakukan protes demokrasi besar pada 2019.  

Parti dan ahli politik pembangkang menerusi laman Facebook dan Twitter mengesahkan sekurang-kurangnya 21 orang ditahan yang kebanyakannya atas tuduhan penindasan.

Dua polis kanan yang enggan nama mereka didedahkan memberitahu AFP, kira-kira 50 orang ditahan oleh unit keselamatan nasional baharu di bandar tersebut.

Polis menahan sebahagian besar ahli politik pembangkang terdiri daripada pemimpin veteran, bekas ahli Parlimen pro-demokrasi seperti James To, Andrew Wan dan Lam Cheuk Ting sehingga aktivis-aktivis muda.     

Antara aktivis muda yang mengesahkan penahanan mereka menerusi Facebook adalah bekas wartawan yang menjadi aktivis sosial, Gwyneth Ho, 30, dan ahli majlis daerah, Tiffany Yuen yang berumur 27 tahun.

Rakan-rakan Joshua Wong, salah seorang aktivis demokrasi terkenal di Hong Kong yang kini berada di penjara, menerusi Facebooknya mendakwa polis melakukan serbuan di kediaman aktivis dalam operasi yang sama.

Beberapa ahli politik pembangkang mendakwa penahanan itu berkaitan dengan pengundian yang dianjurkan oleh parti pro-demokrasi menjelang pilihan raya perundangan tempatan pada tahun lalu.  

Lebih 600,000 penduduk warga Hong Kong keluar mengundi dalam pemilihan tidak rasmi itu bagi memilih calon yang akan bertanding dalam pilihan raya perundangan Hong Kong.

Dalam pada itu, seorang ahli majlis daerah, Ng Kin-wai sempat merakam kejadian polis menahan di rumahnya secara langsung di Facebook.

“Saya menahan anda atas tuduhan penindasan. Anda telah mengambil bahagian dalam pilihan raya `35+ citizens vote’ pada tahun lalu untuk memilih 35 atau lebih calon menyertai Majlis Perundangan,” kata pegawai polis yang menahannya.

Menurut polis, kempen itu bertujuan mengganggu atau memperlekehkan kerajaan dan merupakan justifikasi bagi tuduhan penindasan. 

Robert Chung, seorang penyelaras tinjauan pendapat politik yang membantu proses pengundian terbabit, juga merupakan antara individu yang ditahan, menurut rakannya Chung Kim-wah.   

Undang-undang keselamatan baharu itu dikuatkuasa di Hong Kong pada akhir Jun tahun lalu.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya