Ahli keluarga manga tiba di Jakarta - Utusan Malaysia

Ahli keluarga manga tiba di Jakarta

SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGERANG: Sebanyak 10 anggota keluarga mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air tiba di Lapangan Terbang Soekarno-hatta, di sini hari ini.

Lapor Kompas.com, kesemua keluarga itu akan dibawa ke sebuah hotel di Cikokol, di sini yang disediakan oleh Sriwijaya Air.

Mereka di bawa ke hotel dengan menggunakan tiga kenderaan.

Menurut petugas lapangan terbang, ahli keluarga mangsa akan dibawa ke lokasi nahas selepas semua urusan daftar masuk hotel selesai.

Sementara itu, pasukan forensik Hospital Polis Kramat Jati hari ini menerima sebanyak 16 beg mayat mengandungi cebisan daging penumpang dan tiga beg menagndungi serpihan bangkai pesawat.

Selain itu, pasukan forensik juga sudah menerima 40 sampel DNA dari keluarga mangsa dan menerukan proses kenal pasti identiti korban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya