50 orang terbunuh dalam serangan bersenjata di Niger - Utusan Malaysia

50 orang terbunuh dalam serangan bersenjata di Niger

SEORANG Gaskar Nigeria berkawal di tempat pengundian semasa  pemilihan presiden Niger  di Niamey  pada 27 Disember 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIGER: Beberapa lelaki bersenjata membunuh sejumlah orang awam di Niger Sabtu lalu dalam serangan yang mengegarkan wilayah Tillaberi, barat negara Sahel.

Seorang pegawai tempatan tanpa memberikan perincian berkata,  banyak nyawa terkorban dalam serangan yang berlaku pada waktu tengah hari  di Tchomo-Bangou iaitu sebuah kampung berhampiran sempadan Mali.

“Penyerang datang untuk mengepung desa dan membunuh hingga 50 orang. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Ouallam,” kata seorang wartawan stesen radio tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Serangan itu berlaku pada hari sama pengumuman keputusan pertama pemilihan presiden Nigeria yang meletakkan calon parti pemerintah dan bekas menteri pemerintah Mohamed Bazoum sebagai pemimpin dengan keputusan akhir diketahui bulan depan.

Wilayah Tillaberi yang luas dan tidak stabil terletak di kawasan tiga sempadan yang disebut, zon  jihad di mana meliputi kawasan Niger, Mali dan Burkina Faso.

Dalam pada itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak empat ribu orang di ketiga-tiga negara itu mati pada tahun 2019 akibat keganasan kumpulan ekstremis  Islam dan  pertumpahan darah membabitkan etnik.

Manakala tujuh tentera Nigeria terbunuh dalam serangan di Tillaberi pada 21 Disember.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya