JAKARTA: Kira-kira 281 pelarian etnik Rohingya melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh.
Lapor Kompas.com, terdapat dua kumpulan pelarian Rohingya iaitu kira-kira 99 orang di Aceh Utara, manakala seramai 297 berada di Lhokseumawe.
Jumlah pelarian dari dua kumpulan tersebut adalah sebanyak 396 orang dan kesemuanya ditempatkan di kem BLK Lhokseumawe.
Dari jumlah tersebut, seramai 281 pelarian melarikan diri dan tiga meninggal dunia.
Ketika ini, hanya 112 pelarian Rohingya yang masih berada di kem berkenaan.
Hal tersebut disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) Indonesia, Mitra Suryono.
“Mereka (pelarian) meninggalkan kem tanpa pengetahuan petugas dan menggunakan khidmat orang tengah untuk masuk ke Malaysia kerana sejak awal lagi, kumpulan itu memang bertujuan ke Malaysia,” katanya.
Sebelum itu, sejumlah individu sudah ditahan kerana menjadi pihak ketiga untuk membawa pelarian Rohingya masuk ke Malaysia.
Kesemua individu itu kini ditahan di balai polis Bireuen, Lhokseumawe dan Aceh Temiang.