26 maut, 50 cedera dalam serangan di lapangan terbang di Yaman - Utusan Malaysia

26 maut, 50 cedera dalam serangan di lapangan terbang di Yaman

KEPULAN asap tebal menyelubungi Lapangan Terbang Aden berikutan satu letupan berlaku sejurus selepas pesawat membawa anggota kerajaan perpaduan baru tiba di Yaman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADEN: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila satu letupan menggegarkan lapangan terbang Aden sejurus selepas pesawat yang membawa anggota kerajaan perpaduan baru tiba di Yaman.

Beberapa pegawai menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengecut yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak Houti.

Semua menteri kerajaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan tersebut.

Namun, menurut sumber kerajaan dan perubatan kepada AFP, lebih 50 orang cedera dan dikhuatiri jumlah tersebut akan meningkat lagi.

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), seorang petugas mereka merupakan antara mangsa yang maut manakala tiga lagi mengalami kecederaan dalam kejadian itu. 

“Penduduk Yaman mengalami banyak penderitaan sejak lima tahun lalu. Insiden seperti ini menambahkan lagi kesedihan,” kata Pengarah Operasi ICRC, Dominik Stillhart. 

Kepulan asap tebal menyelubungi terminal lapangan terbang daripada letupan pertama dengan serpihan bertaburan di sekitar kawasan itu dan orang ramai bergegas menyelamatkan mangsa, manakala letupan kedua pula menyusul kemudian.

Video yang dirakam oleh AFP menunjukkan satu objek kelihatan seperti peluru berpandu terbang ke apron lapangan terbang yang sesak dengan orang ramai sebelum meletup dan terbakar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya