Seorang pelombong China berjaya diselamatkan - Utusan Malaysia

Seorang pelombong China berjaya diselamatkan

USAHA-usaha menyelamat dilakukan bagi membawa keluar 22 pelombong yang terperangkap di lombong Hushan, Shandong, China. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pasukan penyelamat hari ini berjaya membawa keluar seorang pelombong pertama yang terperangkap selama dua minggu beratus-ratus meter di bawah tanah di lombong, timur China, lapor penyiar negara CCTV.

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk membantu kesemua 22 mangsa sejak letupan bawah tanah di lombong Hushan di wilayah Shandong, dengan air semakin meningkat naik pada 10 Januari lalu.

Sebuah lif pengangkut kecil diangkat ke permukaan dengan gerudi besar yang turut membawa pasukan penyelamat itu.

Kontak pertama kali berjaya dihubungkan minggu lalu dengan sekumpulan 11 pelombong terperangkap di bahagian lombong sekitar 580 meter di bawah permukaan tanah.

Salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah semasa letupan awal itu dan disahkan meninggal dunia setelah mengalami kecederaan di kepala dan koma.

Pasukan penyelamat membawa turun makanan, ubat-ubatan dan bekalan lain melalui beberapa lubang yang digerudi ke dalam batu.

Alat pengesan nyawa dan sumber nutrien lain diturunkan ke bahagian lombong lain untuk mencari pekerja yang hilang.

Pelombong yang diselamatkan ditemui di bahagian yang lebih dekat dengan permukaan tanah daripada bahagian lain yang menempatkan kumpulan pertama.

Pelombong ke-12 dipercayai terperangkap sendiri dengan jarak 100 meter lebih jauh dari kawasan perairan yang naik.

Harapan tipis terhadap sembilan pelombong lain kerana suara mereka belum didengari sejak letupan terjadi.

Jumaat lalu, pasukan penyelamat berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk membebaskan pelombong, disebabkan berlaku halangan besar yang menghalang kerja-kerja menyelamat.

Kemalangan di kawasan lombong adalah perkara biasa di China, dengan industri perlombongan mempunyai rekod keselamatan yang buruk serta peraturan lemah.

Disember lalu, seramai 23 pekerja lombong mati setelah tertimbus di bawah tanah di bandar barat daya Chongqing. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya