10 mangsa belum ditemui di lombong - Utusan Malaysia

10 mangsa belum ditemui di lombong

LOKASI tanah lombong yang memerangkap mangsa di Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan. -AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN: Usaha menyelamat seramai 10 pekerja yang terperangkap dalam tanah runtuh di dalam lombong di daerah Mantewe, Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, belum membuahkan hasil. 

Lapor Kompas.com, kesemua mangsa terperangkap selama tiga hari sejak 24 Januari lalu. 

Komando Tentera Negara Indonesia (TNI) Tanah Bumbu, Leftenan Kolonel Rahmat Trianti berkata, air sudah bersalut lumpur sehingga menutup lubang bekas galian tersebut. 

“Sehingga hari ini, kita masih belum berjaya menyelamatkan mangsa dan kita masih berusaha menyedut keluar air yang menutup lubang itu menggunakan tiga pam besar,” katanya. 

Seramai 17 pekerja lombong terperangkap dalam tanah runtuh di lubang galian di kawasan lombong itu dengan tujuh mangsa disahkan selamat.  

Menurut Rahmat, penyedutan air yang sudah bersalut lumpur itu merupakan satu-satunya cara menyelamatkan pekerja tersebut. 

Ini kerana jelasnya, sebuah pintu lain yang berada di atas lubang yang ditutupi air tertutup dengan gelongsoran tanah yang sudah mengeras. 

Katanya, peralatan berat diperlukan bagi membuka lubang yang tertimbus dengan tanah runtuh itu. 

“Bagaimanapun, keadaan lokasi yang mencabar menyukarkan usaha membawa jentera berat ke kawasan ini. 

“Malah ketinggian peralatan itu hanya 50 meter sedangkan lombong galian itu sudah berusia lapan tahun dan lumpurnya sudah banyak,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya