10 bayi maut akibat hospital terbakar - Utusan Malaysia

10 bayi maut akibat hospital terbakar

BHANDARA terletak 62 kilometer (km) dari timur laut bandar Nagpur yang merupakan bandar terbesar di Maharashtra. - BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sepuluh bayi terkorban dalam kebakaran di wad bersalin Hospital Daerah Bhandara di Maharashtra, awal pagi hari ini.

BBC melaporkan, tujuh bayi lain berjaya diselamatkan daripada kebakaran tersebut sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan kejadian itu sebagai menyayat hati.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan penyiasatan sedang dijalankan.

Kebakaran dipercayai bermula pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Usaha menyelamat terhalang akibat letupan berterusan di dalam wad dan salah seorang jururawat menghubungi pihak penyelamat selepas melihat asap keluar dari Unit Jagaan Bayi di hospital tersebut.

“Pihak hopsital berjaya menyelamatkan tujuh bayi lain tetapi 10 bayi meninggal dalam kejadian yang tidak diduga itu,” kata Pakar Bedah, Pramid Khandate.

Bhandara terletak 62 kilometer (km) dari timur laut bandar Nagpur yang merupakan bandar terbesar di Maharashtra.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya