WHO hantar saintis ke Wuhan kenal pasti punca Covid-19 - Utusan Malaysia

WHO hantar saintis ke Wuhan kenal pasti punca Covid-19

MISI antarabangsa itu akan diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dijangka ke China pada minggu pertama Januari tahun depan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENGLAND: Pasukan Saintis antabangsa akan dihantar ke Wuhan, China dalam misi mengenal pasti asal usul wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Misi antarabangsa itu akan diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dijangka ke China pada minggu pertama Januari tahun depan bagi menyiasat punca virus itu bermula.

Punca virus itu menyebabkan ketegangan berlaku apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) menuduh China menyembunyikan wabak itu lebih awal.

AS mempersoalkan ketelusan pasukan WHO yang mengetuai siasatan dan mengkritik tindakan membenarkan saintis China melakukan fasa pertama bagi kajian permulaan.

Menteri Kesihatan negara ini meminta WHO pada Mei lalu untuk mengenal pasti sumber virus dan bagaimana ia menyeberangi penghalang spesies.

Seramai 12 hingga 15 pasukan pakar antarabangsa akhirnya bersiap sedia ke Wuhan untuk memeriksa bukti termasuk sampel manusia dan haiwan yang dikumpulkan oleh penyelidik China serta membangunkan kajian awal mereka.

Sebelum ini, WHO melakukan rundingan untuk memasuki bandar tersebut selama beberapa bulan.

Jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata, pasukan antarabangsa menyiapkan susunan logistik untuk ke China dalam masa terdekat.

“Kami harap pasukan akan dapat ke sana Januari depan,” katanya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya