DOJ siasat dakwaan rasuah Trump - Utusan Malaysia

DOJ siasat dakwaan rasuah Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Pengadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan jenayah berkaitan rasuah melibatkan White House serta ahli politik berhubung skim pengampunan yang diberikan oleh presiden. 

Lapor CNN, perkembangan terbaharu itu didedahkan ketika pentadbiran Presiden Donald Trump masih berbaki beberapa minggu, selepas beberapa penasihat utamanya disabitkan kesalahan berhubung dakwaan jenayah dan kemungkinan Trump akan memberikan pengampunan lebih ramai kepada individu yang rapat dengannya. 

Pendedahan dokumen setebal 20 muka surat itu merupakan sebahagian daripada dokumen yang disusun semula serta didedahkan kepada orang awam oleh Mahkamah Daerah Washington semalam. 

Rekod menunjukkan Ketua Hakim Beryl Howell pada Ogos lalu, menyemak semula permintaan daripada pasukan pendakwaan untuk mengakses dokumen itu sebagai rasuah bagi mendapatkan pengampunan. 

Kes itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh masa berhubung dakwaan skim pengampunan tersebut atau sebarang nama yang berpotensi terlibat. 

Namun, berlaku komunikasi antara individu terlibat termasuk dokumen seorang peguam yang dirampas menerusi serbuan di pejabatnya beberapa bulan lalu. 

Sehingga saat ini, tiada individu yang didakwa berhubung jenayah yang dilakukan dan White House enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut. 

Sebelum ini, CNN melaporkan sekutu rapat Trump membuat permohonan kepada presiden itu dengan harapan mendapat pengampunan sebelum beliau meninggalkan White House pada 20 Januari depan.  

Malah, tiada tanda-tanda menunjukkan sekutu rapat presiden itu akan disiasat oleh DOJ berhubung kes tersebut. 

DOJ memberitahu tiada penglibatan kerajaan atau mana-mana pihak menjadi sasaran penyiasatan didedahkan dalam kes tersebut. 

Menurut rekod mahkamah, pasukan khas akan memastikan pihak pendakwaan tidak menerima bukti kukuh yang ‘diganggu’ yang sepatutnya disimpan kerana ia merupakan hak istimewa merangkumi lebih 50 peralatan digital termasuk iPhone, iPad, komputer riba, pemacu kilat serta komputer selepas pasukan penyiasat membuat serbuan di sebuah pejabat. 

Menurut Pejabat Peguam Pengampunan AS, Trump memberikan pengampunan kepada 29 individu dan meringankan hukuman 16 orang sepanjang tempoh pentadbirannya. 

Beberapa nama turut dikaitkan termasuk aktivis, Susan B.Anthony, bekas pemerintah Illinois, Rod Blagojevich, penasihat era pemerintahan Bush, Scooter Libby dan penasihat politik Republikan, Roger Stone yang menipu Kongres untuk melindungi usaha Trump pada 2016. 

Minggu lalu, Trump memberikan pengampunan kepada bekas penasihat keselamatannya, Michael Flynn berhubung dakwaan bekas ketua tentera itu menjalin kerjasama berisiko dengan Rusia serta penipuan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya