Wanita terberanak di pusat pengundian - Utusan Malaysia

Wanita terberanak di pusat pengundian

SEORANG wanita melahirkan anak ketika mengundi dalam pilihan raya ketua daerah di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAMUJU: Seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang dialaminya merupakan petanda untuk dia melahirkan anak.

Wanita berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Nani itu dilaporkan melahirkan anak ketiganya di pusat pengundian (TPS) di Anjoro Pitu, Kamopung Rimuku, Mamuju, Sulawesi Barat.

Lapor Kompas.com, ketika kejadian, wanita itu dibantu oleh beberapa pegawai wanita yang sedang membuat persiapan di TPS berkenaan.

“Malam sebelum hari pengundian, saya mula rasa sakit perut namun menyangka itu adalah sakit biasa. 

“Keesokan harinya, saya beratur di TPS dan sakit perut menjadi semakin teruk sehingga saya di bawa masuk ke dalam dewan dan akhirnya melahirkan anak,” katanya.

Penduduk tempatan memaklumkan proses kelahiran itu berjalan lancar dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, selepas dua jam melahirkan bayi, Nani kembali ke TPS untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya