Wanita paling sunyi di dunia terima rumah baharu - Utusan Malaysia

Wanita paling sunyi di dunia terima rumah baharu

AGAFYA Lykova tinggal di kawasan pegunungan di Siberia sepanjang hidupnya. - ALEXANDER KUZNETSOV/KRASRAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah rumah baharu sedang dibina bagi membantu seorang penduduk yang dianggap sebagai ‘wanita paling sepi di dunia’ agar terus dapat menetap di di kawasan terpencil.

Lapor Mirror,  Agafya Lykova, 76, tinggal di kawasan pergunungan di Rusia selepas keluarganya melarikan diri disebabkan tragedi penindasan agama pada 1936, sekali gus menjadikan dia satu-satuanya yang terselamat.

Sepanjang hidupnya, Lykova menjalani kehidupan biasa sebagai petani seperti abad ke-18 dengan menanam makanan sendiri dan hidup berdasarkan kitab Bible.

Namun, terdapat kebimbangan mengenai kesihatan Lykova jika dia terus tinggal di pondok usang tersebut itu yang dibina oleh ayah dan abang-abangnya.

Sehubungan itu, taikun syarikat besi aluminium Rusia, Oleg Deripaska tampil menghulurkan bantuan bagi memastikan wanita itu dapat meneruskan kehidupannya dengan keadaan lebih sihat dan terjamin di kawasan hutan belantara itu.

Beberapa gambar menunjukkan rumah satu tingkat sedang dibina agar dapat memberi lebih banyak perlindungan kepada Lykova ketika musim sejuk ini. 

Malah, langkah penjagaan khas juga dilakukan untuk mengelakkan Lykova dijangkiti Covid-19 ketika rumah itu sedang dibina.

Sebanyak 18 pesawat digunakan untuk membawa segala peralatan untuk membina rumah  baharu Lykova.

Kewujudan wanita itu disedari secara kebetulan oleh sekumpulan ahli geologi Soviet menerusi pesawat udara dan rumah jiran ‘terdekat’ Lykova terletak kira-kira 241 kilometer dari rumahnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya