Wang tunai UK RM272 bilion 'lesap' - Utusan Malaysia

Wang tunai UK RM272 bilion ‘lesap’

SEKUMPULAN ahli politik menggesa Bank of England segera menyiasat kehilangan wang tersebut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan  ahli politik United Kingdom (UK) mendakwa sebanyak 50 bilion pound (RM272 bilion) duit dalam bentuk wang tunai telah hilang.

Justeru, ahli-ahli Parlimen itu menggesa Bank of England segera menyiasat perkara tersebut.

Lapor CNN, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) House of Commons, Meg Hillier mendakwa wang tersebut disimpan di suatu tempat namun Bank of England gagal mengetahui butiran mengenainya.

“Institusi kewangan itu perlu lebih mengambil berat mengenai kehilangan 50 bilion pound,” katanya dalam satu kenyataan.   

Bagaimanapun, Bank of England menafikan dakwaan tersebut.

“Orang ramai tidak perlu menjelaskan kepada pihak bank mengapa mereka ingin menyimpan wang kertas itu.

“Ini bermakna wang kertas bukannya hilang,” kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan dengan menambah bank pusat akan terus memenuhi permintaan orang ramai untuk wang kertas.

Meskipun terdapat peningkatan penggunaan pembayaran digital, permintaan untuk wang tunai masih meningkat di kebanyakan negara ekonomi maju sejak krisis kewangan global, menurut laporan Bank for International Settlements pada 2018. 

Jelas laporan itu, perkara itu sebahagian didorong oleh kadar faedah lebih rendah, yang menurunkan pulangan untuk simpanan yang di bank.

“Kami menyaksikan peningkatan dalam penggunaan wang tunai sebagai simpanan berbanding untuk tujuan transaksi,” kata ketua juruwang di Bank of England, Sarah John dalam keterangannya di hadapan PAC pada Oktober lalu. 

Kata John, kebimbangan terhadap kekuatan institusi kewangan sejak krisis 2008 turut menyumbang kepada keadaan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya