Wang tunai RM27,077 bertaburan di jalan raya - Utusan Malaysia

Wang tunai RM27,077 bertaburan di jalan raya

TANGKAP LAYAR video yang tular di laman media sosial memaparkan orang ramai berebut mengutip wang tunai bertaburan di sebuah jalan raya di Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Wang tunai berjumlah 94 juta rupiah (RM27,077) ditemukan bertaburan di atas jalan raya di wilayah Baturiti, Tabanan di Bali.

Lapor Tribunnews, seorang penduduk dari daerah Buleleng di Bali, Kadek Redi Areni mendakwa tercicir wang tunai tersebut, yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersama anaknya di jalan raya berkenaan.   

Kadek kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan wang tunai berkenaan.

Jelas laporan itu, pada mulanya, wang itu diletakkan di dalam sebuah beg tangan hitam yang dibawa oleh anak Kadek.

Daripada jumlah 94 juta rupiah (RM27,077), sebanyak 63 juta rupiah (RM18,147) adalah wang yang perlu didepositkan kepada syarikatnya sementara selebihnya merupakan wang peribadi Kadek.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Kompas.com, kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu lalu ketika Kadek berada di kawasan Baturiti, Tabanan.

Ketua Polis Baturiti, Fachmi Hamdani memberitahu ketika kejadian, Kadek dan anaknya dalam perjalanan menuju ke Denpasar dengan menunggang motosikal.

“Beg hitam yang berisi wang itu dibawa oleh anaknya, namun ketika dia berhenti di kawasan Bedugul, anaknya mengeluarkan sebuah topi dari beg tersebut dan lupa zip semula. 

“Selepas sampai ke kawasan Abianluang, Baturiti, sebuah lori memintas laluan mereka dan menanya Kadek sama ada wangnya tercicir dan bertaburan di jalan raya,” katanya.

Tambah beliau, Kadek kemudian memeriksa beg dibawa anaknya dan mendapati wangnya sudah tiada.

“Malah, apabila Kadek patah balik ke kawasan itu, tiada wang yang bertaburan di jalan raya,” katanya.

Selepas kejadian itu, satu rakaman video yang memaparkan orang ramai berebut-rebut mengutip wang tunai bertaburan di jalan raya menjadi tular di laman media sosial.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya