Video lekat gula-gula getah pada rambut wanita tular - Utusan Malaysia

Video lekat gula-gula getah pada rambut wanita tular

VIDEO seorang penumpang merosakkan rambut wanita di tempat duduk depan dalam sebuah pesawat menjadi tular dalam media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah video memaparkan seorang penumpang dalam sebuah pesawat yang melekatkan gula-gula getah pada rambut wanita yang duduk di depannya menjadi tular dalam media sosial.

Lapor The Sun, penumpang itu berang dengan tindakan wanita tersebut yang menutup ruang skrin dengan rambutnya yang panjang.

Klip video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu menunjukkan penumpang tersebut merosakkan rambut wanita itu dengan melekat gula-gula getah, meletakkan lolipop serta ‘mencelup’ rambutnya dalam air kopi.

Malah, video itu juga menunjukkan seorang pramugari berjalan melepasi penumpang tersebut tanpa menyedari kejadian yang berlaku.

Video tersebut menerima reaksi berbeza daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya mempersoalkan sama ada video tersebut sengaja dibuat atau benar-benar berlaku.

Rakaman itu turut mendapat 9.6 juta kali tanda suka sejak dimuat naik dalam platform tersebut, meskipun warganet berpandangan video tersebut adalah palsu.

Ramai juga berpendapat klip video itu adalah lakonan dan wanita berkenaan memakai rambut palsu kerana dalam keadaan biasa, mana-mana individu boleh merasakan rambutnya dirosakkan.  

Seorang pengguna media sosial menyatakan dia bersetuju dengan tindakan penumpang tersebut sekiranya video yang dimuat naik itu adalah benar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya