Varian baharu Covid-19 ditemui di UK - Utusan Malaysia

Varian baharu Covid-19 ditemui di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Setiausaha Kesihatan British, Matt Hancock mengesahkan varian baharu yang lebih berpotensi menyebabkan virus Covid-19 ditemui di Britain melibatkan kes jangkitan pengunjung yang pulang dari Afrika Selatan.

Lapor Reuters, Bahagian Kesihatan Afrika Selatan berkata, mutasi genetik baharu dijumpai minggu lalu dan besar kemungkinan menyebabkan lonjakan jangkitan kes di sana.

“Terima kasih kepada keupayaan genomik Afrika Selatan yang mengagumkan, kita sudah mengenal pasti dua kes daripada varian baharu Covid-19 di United Kingdom (UK). Kedua-duanya merupakan kes kontak rapat yang mengembara ke Afrika Selatan beberapa minggu lalu,” katanya.

Britain berusaha mengekang penyebaran virus Covid-19 yang bermutasi sehingga 70 peratus lebih mudah berjangkit dan kajian lebih lanjut sedang dilakukan pada varian tersebut.

“Varian baharu ini sangat penting kerana lebih mudah berjangkit dan kelihatan mutasi lebih jauh daripada varian baharu yang ditemukan di UK,” katanya.

Susulan itu, arahan kuarantin dikeluarkan buat semua kontak rapat varian baharu dan semua yang pernah mengunjungi Afrika Selatan dua minggu lalu atau menjadi kontak rapat dengan seseorang yang sudah dijangkiti wabak tersebut.

Menurut Hancock, larangan serta merta pengunjung dari Afrika Selatan juga sudah dikeluarkan.

Negara di seluruh dunia sudah menutup sempadan antara kedua-dua negara, Britain dan Afrika Selatan berikutan penemuan varian Covid-19 baharu yang lebih cepat berjangkit.

Kesihatan Awam England, Susan Hopkins memberitahu varian baharu yang ditemui di UK sangat berbeza dengan varian di Afrika Selatan.

“Kedua-duanya kelihatan lebih mudah tersebar. Kita mempunyai lebih banyak bukti mengenai jangkitan bagi varian UK kerana kita sudah mengkajinya dengan lebih mendalam bersama pakar akademik,” katanya.

Beliau malah yakin penyebaran varian Afrika Selatan mampu dikawal dan vaksin yang sudah dibangunkan akan menjadi lebih efektif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya