Vaksin Covid-19 OK atau KO? - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 OK atau KO?

SEORANG kanak-kanak menerima vaksin polio di sebuah klinik di Sanaa, Yemen baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak setahun lalu menyaksikan pelbagai syarikat farmaseutikal berlumba-lumba menghasilkan vaksin untuk mencegah penularan jangkitan wabak maut itu.

Dalam tempoh tersebut, beberapa syarikat mengumumkan kejayaan menghasilkan vaksin untuk melawan ancaman Covid-19 dengan sudah ada penduduk dunia yang menerima suntikan vaksin berkenaan.

Namun, masih ada golongan yang tidak yakin dengan keberkesanan vaksin tersebut, menyaksikan empat daripada 10 penduduk Amerika Syarikat (AS) dan enam dari 10 rakyat Perancis menyatakan mereka tidak akan menerima suntikan vaksin Covid-19 biarpun diberi secara percuma.

Berikut adalah sejarah pembangunan beberapa vaksin dalam tempoh dua abad terakhir dengan pelbagai pandangan skeptikal masyarakat berhubung penghasilannya.

 

1796: Edward Jenner

Wabak campak yang mudah berjangkit malah boleh menyebabkan kematian menjejaskan kehidupan masyarakat di seluruh dunia dalam tempoh beberapa abad.

Wabak itu akhirnya dapat dikawal selepas seorang doktor dari Berkeley, United Kingdom (UK) iaitu Edward Jenner menemukan vaksin berkesan untuk merawat penyakit tersebut.

Kajiannya terhadap vaksin campak bermula selepas dia menjalankan eksperiman terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikenali sebagai James Phipps.

Dalam eksperimen tersebut, Jenner menyuntik nanah campak pada tangan kanak-kanak berkenaan dan kajiannya berjaya selepas Phipps tidak dijangkiti wabak tersebut biarpun terdedah dengan jangkitan.

 

1853: Polisi vaksin

Susulan kejayaan Jenner menghasilkan vaksin campak, kerajaan Britain mewajibkan vaksin tersebut untuk semua kanak-kanak pada 1853.

Namun, keputusan itu dibantah oleh pelbagai pihak dengan kebanyakannya mengaitkan vaksin tersebut dengan isu keagamaan atau melihat polisi terbabit sebagai melanggar kebebasan individu.

Justeru itu, satu klausa ditambah dalamundang-undang pada 1989 yang membenarkan masyarakat untuk tidak menerima suntikan vaksin.

 

1885: Wabak rabies

Saintis dari Perancis, Louis Pasteur membangunkan vaksin rabies atau penyakit anjing gila daripada penyakit itu sendiri.

Vaksin itu terbukti berjaya selepas beliau menyuntik ubat itu kepada seorang kanak-kanak yang digigit oleh anjing pembawa virus rabies.

Bagaimanapun, golongan anti vaksin menolak kejayaan Pasteur dan menuduhnya ‘mewujudkan makmal rabies’ bagi menambah pendapatan.

 

1920-an: Tuberculosis (Tibi), tetanus dan difteria

Vaksin mencegah tifoid dihasilkan pada penghujung abad ke-19, diikuti oleh beberapa vaksin lain iaitu Bacillus Calmette-Guerin (BCG) untuk mencegah Tibi pada 1921, vaksin difteria (1923), vaksin tetanus (1926) dan vaksin batuk kokol (1926).

Tahun 1920-an juga menyaksikan bahan ejen yang mengandungi aluminium digunakan buat pertama kali untuk meningkatkan kecekapan fungsi vaksin. Namun, bahan tersebut meningkatkan keraguan penduduk mengenai kepentingan vaksin, terutamanya di Perancis.

 

1944: Vaksin selesema, polio

Kempen vaksin pertama untuk mencegah penyakit selesema bermusim yang mensasarkan pasukan tentera AS yang berperang di Eropah dilaksanakan pada 1944-1945.

Pada 1950-an, ketika vaksinasi penyakit polio menjadi keutamaan AS, bintang legenda Hollywood, Elvis Presley menerima suntikan vaksin tersebut secara langsung menerusi rancangan Ed Sullivan Show.

BINTANG legenda, Elvis Presley menerima suntikan polio secara langsung menerusi rancangan Ed Sullivan Show pada 1950-an. – AGENSI

 

1980: Wabak campak lenyap

Kes terakhir melibatkan campak berlaku di Somalia pada 26 Oktober 1977 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)secara rasmi mengisytiharkan wabak tersebut sudah dihapuskan pada 1989 susulan kejayaan kempen vaksinasi global.

Kempen vaksinasi juga berjaya mencegah wabak Polio di Afrika, namun penyakit itu melanda Pakistan dan Afghanistan berikutan segelintir pemimpin agama mendakwa vaksin itu digunakan untuk memandulkan kanak-kanak Islam.

 

2009: Perdebatan H1N1

Pada 2009, wabak H1N1 atau selesema babi melanda dunia, menyaksikan kira-kira 18,500 penduduk terkorban.

Selain itu, lebih 60 peratus penduduk di Sweden yang diberi suntikan vaksin H1N1 trauma selepas ratusan daripada didiagnos menghidapi narkolepsi atau penyakit sistem saraf yang mengganggu waktu tidur pesakit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya