Vaksin AstraZeneca lulus di UK - Utusan Malaysia

Vaksin AstraZeneca lulus di UK

UNITED KINGDOM meluluskan penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca bagi mencegah penularan Covid-19. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Vaksin Oxford-AstraZeneca diluluskan bagi kegunaan di United Kingdom (UK) dengan dos pertama akan diberikan Isnin depan. 

Lapor BBC, UK sudah membuat tempahan sebanyak 100 juta dos yang mencukupi untuk divaksinkan kepada 50 juta penduduk. 

Setiausaha Keselamatan, Matt Hancock berkata, jumlah dos berkenaan merangkumi seluruh populasi di negara ini apabila digabungkan dengan tempahan vaksin Pfizer-BionTech. 

Kelulusan itu diperoleh di saat lebih ramai penduduk di England dijangkakan diletakkan di bawah sekatan tahap empat yang paling sukar. 

Perdana Menteri UK, Boris Johnson menyifatkan perkembangan itu sebagai kemenangan kepada sains British. 

“Kita akan vaksinkan lebih ramai penduduk secepat mungkin,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty memuji usaha kolektif yang cukup besar sehingga membawa kita ke tahap ini. 

Vaksin Oxford-AstraZeneca dihasilkan pada bulan pertama tahun ini dan diuji kepada sukarelawan pertama pada April lalu serta melalui ujian klinikal skala besar melibatkan ribuan orang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya