Undang-undang halang penyatuan pasangan Islam, Hindu - Utusan Malaysia

Undang-undang halang penyatuan pasangan Islam, Hindu

UNDANG-UNDANG baharu tersebut mendapat tentangan pelbagai pihak, terutamanya penduduk beragama Islam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Undang-undang baharu yang di perkenalkan kerajaan India yang melarang penukaran agama hanya disebabkan oleh rasa cinta terus mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Undang-undang yang digelar ‘jihad cinta’ itu jelas menyasarkan penduduk beragama Islam terutamanya golongan lelaki yang menjalin hubungan cinta dengan wanita beragama Hindu.

Sejak undang-undang itu di perkenalkan, pasukan polis negara ini sering menyasarkan golongan lelaki beragama Islam, malah ada yang sanggup ‘mengganggu’ majlis perkahwinan melibatkan pasangan berlainan agama.

Di negeri Uttar Pradesh, polis sudah mula ‘memburu’ mana-mana perkahwinan melibatkan pasangan beragama Islam dan Hindu.

Setakat ini, polis di negeri itu sudah menahan sekurang-kurangnya 10 lelaki Islam di bawah undang-undang tersebut.

‘Jihad cinta’ merupakan teori konspirasi masyarakat Hindu berhaluan kanan yang mendakwa lelaki Islam mengajak wanita Hindu memeluk agama Islam menerusi perkahwinan.

Kerajaan pusat pada Februari lalu mengakui tiada sebarang rekod rasmi yang menunjukkan berlakunya ‘amalan’ tersebut, namun teori konspirasi itu terus mendapat perhatian negara ini yang dipimpin Parti Bharatiya Janata (BJP).

Pada minggu ini, polis menghentikan satu majlis perkahwinan melibatkan pasangan Islam di Kushinagar, Uttar Pradesh selepas menerima maklumat daripada kumpulan haluan kanan Hindu yang dikenali sebagai Bajrang Dal.

Insiden itu menyaksikan polis menahan Haider Ali, 39, semalaman dan lelaki itu mendakwa dia diskas selama beberapa jam dengan dipukul menggunakan tali pinggang.

Haider hanya dibebaskan selepas keluarganya membuktikan bahawa pengantin perempuan juga beragama Islam.

Kejadian itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan undang-undang jihad cinta sebenarnya dignaban untuk mendiskriminasi penduduk beragama Islam, selain tiada komuniti Hindu ditahan berhubung undang-undang tersebut.

Sehari selepas undang-undang itu dikuat kuasakan pada awal Disember ini, polis di bandar Lucknow secara ganas memaksa satu upacara perkahwinan antara wanita Hindu iaitu Raina Gupta dan lelaki Islam, Mohammad Asif dihentikan serta-merta.

Dalam kes lain, lelaki Islam, Owais Ahmad ditahan pada minggu lali dan dihukum penjara selama 14 hari kerana di dakwa cuba ‘memaksa’ seorang wanita Hindu memeluk agama Islam dan kahwin lari dengannya pada 2019.

Wanita itu kini dilaporkan sudah pun berkahwin dengan lelaki Hindu dan Owais memaklumkan dia enggan dikaitkan dengan wanita itu lagi.

Dalam pada itu, Rashid, 27 dan abangnya juga ditahan polis pada minggu lalu di Moradabad selepas mereka cuba mendaftarkan perkahwinan Rashid dengan seorang wanita Hindu berusia 22 tahun, Muskan Jahan yang sudah pun memeluk agama Islam.

Ketiga-tiganya dibawa ke balai polis, menyaksikan Rashid dipenjara di Uttar Pradesh atas dakwaan memaksa Muskan memeluk Islam, manakala wanita itu menafikan dia dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Saya wanita dewasa yang berusia 22 tahun. Saya berkahwin dengan rela hati tanpa dipaksa oleh sesiapa,” katanya. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya