LONDON: United Kingdom (UK) menjadi negara pertama di dunia melaksanakan program vaksinasi Covid-19 dengan keutamaan kepada warga yang berusia melebihi 80 tahun dan petugas barisan hadapan.
Program vaksin itu bermula hari ini.
Dengan pelaksanaan program itu, ia diharap menjadi permulaan kepada pengakhiran pandemik yang telah menjangkiti hampir 70 juta penduduk dunia dengan lebih 1.5 juta maut.
Buat permulaan negara itu akan mengedarkan 800,000 dos vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer/BioNTech. – AFP