Turki mahu hubungan baik dengan Israel - Utusan Malaysia

Turki mahu hubungan baik dengan Israel

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melahirkan harapan untuk berbaik dengan Israel sekiranya rejim zionis itu boleh mengembalikan hak Palestin. 

Lapor Al Jazeera, Recep Tayyip berkata, Turki mahu hubungan yang lebih baik dengan Israel dan perbincangan pada peringkat risikan terus dilakukan antara kedua-dua belah pihak.

Beliau pada masa yang sama mengkritik dasar Israel terhadap Palestin dengan menganggapnya tidak boleh diterima sama sekali.

Menurut Recep Tayyip, Turki mempunyai isu dengan ‘individu di peringkat atasan’ di Israel dan hubungan antara dua negara itu mungkin boleh menjadi sangat berbeza jika tidak kerana isu berkenaan.

“Dasar Palestin merupakan had yang tidak boleh dibatasi. Agak mustahil untuk kami menerima dasar Israel berkaitan Palestin. Tindakan tanpa belas kasihan mereka tidak boleh diterima sama sekali.

“Jika tiada isu wujud pada peringkat atasan, hubungan kami mungkin amat berbeza. Kami mahu membawa hubungan kedua-dua negara ke arah lebih baik,” katanya. 

Turki merupakan negara Islam pertama mengiktiraf Israel pada 1949.

Kedua-dua negara itu menjalin hubungan mesra dan komersial yang kukuh sehingga Recep Tayyip mengambil alih kuasa pentadbiran.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Ankara berulang kali mengecam penjajahan Israel di Tebing Barat dan layanan negara itu terhadap penduduk Palestin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya