WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Doandl Trump mengubah pelan untuk membenarkan petugas White House menerima suntiakn vaksin Covid-19 dalam tempoh terdekat.
Pegawai kerajaan AS sebelum ini memaklumkan bahawa petugas White House merupakan antara golongan pertama yang akan menerima suntikan vaksin tersebut.
Namun, Trump mengubah rancangan itu dan meminta ‘susunan baharu’ dilakukan.
Kerajaan AS sudah meluluskan penggunaan kecemasan bagi membolehkan vaksin keluaran Pfizer dan BionTech itu disuntik kepada penduduk di negara ini sebagai usaha mencegah Covid-19.
Ketika ini, sebanyak tiga juta dos pertama diedarkan di puluhan lokasi di 50 negeri di seluruh AS.
Sebelum itu, berita mengenai petugas pentadbiran Trump bakal menjadi antara golongan pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19 mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak dalam media sosial.
Namun, tidak dapat dipastikan punca Trump meminta supaya rancangan tersebut ditangguhkan buat sementara waktu. – AGENSI