Tindakan tegas terhadap pelaku - Utusan Malaysia

Tindakan tegas terhadap pelaku

KENYATAAN akhbar yang disiarkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi Twitter. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat video tular dalam YouTube yang memaparkan parodi lagu kebangsaan Indonesia Raya.

Menerusi satu kenyataan, pihak kedutaan memaklumkan bahawa kerajaan Indonesia melalui Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur sudah membuat aduan polis berhubung video berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ingin menegakasn bahawa PDRM sedang menyiasat video tersebut.

“Jika benar video itu dihasilkan oleh rakyat Malaysia, mana-mana pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang tegas,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan tersebut disiarkan dalam Twitter Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi akaun @MYEmbJKT semalam.

Terdahulu, video parodi tersebut menunjukkan lirik lagu kebangsaan Indonesia Raya digantikan dengan ayat-ayat ejekan.

Selain itu, imej Garuda Pancasila yang menjadi lambang perpaduan rakyat negara ini digantikan dengan gambar seekor ayam yang diapit dengan dua kanak-kanak berdiri sambil buang air kecil ke arah bendera Merah Putih.

Berdasarkan tangkap layar yang dilihat oleh CNN Indonesia, video itu dipercayai dihasilkan menggunakan akaun MY Asean dengan lokasi di Malaysia.

Pemilik akaun itu juga menampilkan bendera kebangsaan Malaysia, namun akaun tersebut sudah dipadam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya