Tiga anggota polis maut ditembak di Perancis - Utusan Malaysia

Tiga anggota polis maut ditembak di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON: Tiga anggota polis ditembak mati  dan seorang lagi cedera di Puy-de-Dome di tengah Perancis hari ini selepas dikerah ke lokasi berhubung laporan berlaku gangguan domestik.

Kesemua anggota polis tersebut ditembak oleh seorang lelaki berusia 48 tahun ketika mereka cuba menyelamatkan seorang wanita.

Ketika kejadian, anggota polis menyerbu sebuah kediaman pada tengah malam sebelum menjadi sasaran tembakan.

Suspek pada mulanya menembak mati seorang anggota dengan seorang lagi cedera.

Selepas itu, dua lagi anggota polis tiba di rumah berkenaan namun kedua-duanya juga maut ditembak suspek.

Suspek kemudiannya manyalakan api dengan cubaan membakar rumah tersebut

Wanita itu akhirnya berjaya diselamatkan dengan pasukan polis elit ditempatkan di lokasi kejadian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya