Tiada keperluan wajibkan vaksin - WHO - Utusan Malaysia

Tiada keperluan wajibkan vaksin – WHO

GAMBAR HIASAN - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpandangan pendekatan untuk menyakinkan orang ramai mengenai kelebihan vaksin Covid-19 adalah jauh lebih berkesan berbanding usaha mewajibkan pengambilan suntikan itu.

Menurut WHO, terpulang kepada negara masing-masing bagaimana mereka mahu menguruskan kempen vaksinasi dalam usaha memerangi Covid-19.    

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bagaimanapun menegaskan usaha mewajibkan orang ramai mengambil vaksin Covid-19 bukanlah langkah terbaik.

Terdapat beberapa contoh insiden mewajibkan pemberian vaksin pada masa lalu sehingga menyaksikan usaha itu tidak berjaya dengan menyeluruh. 

“Saya tidak fikir mandat tersebut adalah petunjuk ke arah usaha pemberian vaksin secara wajib. Sebenarnya, lebih baik untuk galak dan bantu memudahkan program vaksinasi tanpa mengenakan sebarang syarat,” kata Pengarah Jabatan Imunisasi WHO, Kate O’Brien.

O’Brien memberitahu syarat wajib mengambil vaksin mungkin boleh diguna pakai untuk golongan petugas hospital termasuk pesakit.

Sementara itu, Pengarah Program Kecemasan WHO, Micheal Ryan pula berpandangan, pemain industri kesihatan awam tidak akan memilih langkah untuk mewajibkan vaksinasi Covid-19 bagi menggalakkan orang ramai mengambil suntikan tersebut.

Katanya, adalah lebih baik menyalurkan data dan faedah mengenai vaksin kepada orang ramai dan membiarkan mereka membuat keputusan sendiri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya