Thailand benar kemasukan pelancong dari 56 negara - Utusan Malaysia

Thailand benar kemasukan pelancong dari 56 negara

PELANCONG yang dibenarkan memasuki Thailand perlu dikuarantin selama dua minggu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand melonggarkan sekatan kemasukan pelancong dari 56 buah negara sebagai usaha untuk memulihkan semula sektor pelancongan di negara ini susulan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pelancong yang dibenarkan masuk ke negara ini perlu menjalani proses kuarantin di tempat yang disediakan selama dua minggu sebagai langkah pencegahan jangkitan koronavirus.

Lapor Reuters, pelancong dari Australia, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) boleh masuk ke negara ini tanpa menggunakan visa, namun perlu membuktikan mereka bebas dari jangkitan Covid-19 sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam sebelum menaiki penerbangan dan dikuarantin di hotel.

Jurucakap pasukan pencegahan Covid-19 Thailand, Taweesin Wisanuyothin berkata, semua pelancong yang tiba ke negara ini akan dikuarantin sejurus tiba dan tempoh visa akan dilanjutkan sehingga 45 hari berbanding kebiasaan iaitu 30 hari.

Katanya, ketika dikuaranin, pelancong akan melakukan ujian saringan Covid-19 sebanyak dua kali.

Langkah sekatan Covid-19 yang dilaksanakan di negara ini berjaya mengekalkan kes jangkitan rendah iaitu sebanyak 4,281 kes, namun menyebabkan kerosakan ekonomi dan pengangguran tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya