Tempat duduk khas buat penumpang ‘degil’ - Utusan Malaysia

Tempat duduk khas buat penumpang ‘degil’

AEROFLOT bakal wujudkan tempat duduk khas untuk penumpang yang enggan pakai pelitup muka – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUSIA: Syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot mengumumkan pihaknya akan mereka bentuk tempat duduk khas dalam pesawat bagi penumpang yang enggan memakai pelitup muka. 

Lapor CNN, jurucakap penerbangan itu, Yulia Spivakova berkata, tindakan itu amat penting bagi pihaknya memastikan keselamatan semua penumpang. 

Aeroflot menetapkan polisi kepada penumpang untuk memakai pelitup muka semasa penerbangan melainkan ketika makan, minum atau menukar pelitup muka. 

Bagaimanapun, terdapat beberapa penumpang yang degil dan kerana tidak boleh menghalau penumpang ketika penerbangan, Aeroflot mereka bentuk tempat duduk khas bagi setiap pesawatnya. 

Polisi pemakaian pelitup muka dalam pesawat berbeza di seluruh dunia dan syarikat penerbangan persendirian sering membuat peraturan sendiri. 

Bahkan, sebahagian besar beban untuk menerapkan polisi itu dipertanggungjawabkan kepada pramugari. 

Aeroflot tidak memaklumkan sama ada akan melaksanakan larangan jangka panjang atau bentuk hukuman lain kepada penumpang yang enggan memakai pelitup muka sepanjang penerbangan. 

Namun, tindakan mengasingkan mereka boleh mengurangkan kemungkinan penyebaran virus Covid-19 kepada penumpang lain. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya