Tak sangka dipadan dengan abang sendiri - Utusan Malaysia

Tak sangka dipadan dengan abang sendiri

BROOKE AVERICK dipadan dengan abang sendiri menerusi aplikasi temujanji dalam talian. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang personaliti TikTok yang memiliki lebih 600,000 pengikut, terkejut selepas mendapati dia dipadan dengan abang sendiri semasa mencari pasangan menerusi aplikasi temu janji dalam talian.

Lapor Daily Mail, Brooke Averick, 24, menggunakan aplikasi Hinge ketika berada di rumah bersama keluarganya di Haverford, Pennysylvania.

Jelas laporan itu, selepas membuka aplikasi tersebut, dia menerima notifikasi mengenai pasangan yang sesuai di kawasan tersebut. 

Averick tidak menyangka padanan pasangan paling serasi merupakan abangnya sendiri, Noah yang ketika itu juga berada di bilik sama. 

Dia kemudian memuat naik sebuah video dengan menceritakan pengalamannya dipadan dengan abang sendiri menerusi aplikasi temujanji itu.  

Dalam klip video tersebut, Averick memperkenalkan Noah yang berpura-pura menjadi pasangannya. 

Video lucu itu menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya