Skrin retak ‘pulih sendiri’ - Utusan Malaysia

Skrin retak ‘pulih sendiri’

PENYELIDIKAN itu melibatkan penggunaan minyak biji rami dalam bentuk mikrokapsul pada skrin untuk memperbaiki retakan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan berjaya menemukan cara untuk membaiki skrin telefon bimbit yang retak dengan menggunakan teknologi ‘pulih sendiri’.     

Lapor Daily Mail, projek penyelidikan itu melibatkan penggunaan minyak biji rami dalam bentuk mikrokapsul pada skrin untuk memperbaiki retakan.   

Para penyelidik menerusi beberapa ujian makmal berjaya membuktikan bahawa apabila minyak biji rami digunakan, ia terus mengeras di celah retakan baharu dan mampu memulihkan secara sendiri sebarang kerosakan.

Pasukan penyelidik turut mendakwa, proses itu mengesan kerosakan pada skrin dan dapat memperbaiki 95 peratus semua keretakan dalam masa 20 minit sahaja. 

Minyak biji rami biasanya digunakan pada pemukul (bat) kriket dan memulihara karya seni kerana ia tidak mempunyai warna, mudah didapati dan menjadi keras pada suhu bilik. 

Jelas para penyelidik, prosesnya mungkin mengambil masa beberapa jam namun ia dapat di percepatkan lagi dengan suhu lebih panas dan sinaran ultra ungu matahari (UV). 

Kajian tersebut disiarkan di jurnal Composite Part B: Engineering menunjukkan bagaimana bahan itu dihasilkan dan sejauh mana keberkesanannya.

Ia dikenali sebagai filem polimer bilayer (PBF) yang menggabungkan dua lapisan untuk membentuk satu bahan.

Lapisan atas melibatkan kapsul minyak biji rami manakala yang bawahnya pula adalah bahan kaca yang digunakan dalam telefon, tablet dan gajet lain. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya