Sinovac dapat EUA jika berkesan - Utusan Malaysia

Sinovac dapat EUA jika berkesan

BPOM setuju untuk mengeluarkan EUA sekiranya vaksin Sinovac menepati tahap piawaian yang ditetapkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi Kawalan Dadah dan Makanan (BPOM) akan memberikan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) iaitu permit kecemasan bagi kegunaan Vaksin Sinovac Covid-19 sekiranya terbukti berkesan. 

Lapor CNN Indonesia, Jurucakap BPOM, Lucia Rizka Andalusia berkata, pihaknya hanya membekalkan vaksin Sinovac sekiranya menepati piawaian yang ditetapkan.  

Katanya, piawaian itu mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) dan Agensi Dadah Eropah (EMA). 

Bahan yang digunakan bagi pengiraan keberkesanan adalah keputusan fasa I dan II ujian klinikal termasuk keputusan fasa III percubaan klinikal interim dengan keputusan pemantauan keberkesanan bagi tiga bulan pertama vaksin disuntik kepada sukarelawan. 

Sementara itu, Menteri Penyelaras bagi PMK yang juga Timbalan Pengerusi III Jawatankuasa Kawalan Covid-19 dan Penyembuhan Ekonomi Kebangsaan (KPC PEN), Muhadjir Effendy berkata, keperluan halal bagi vaksin Sinovac Covid-19 dari China akan dibincangkan bersama Majlis Ulama Indonesia (MUI). 

Perbincangan itu melibatkan dua pihak iaitu Agensi Jaminan Produk Halal dan Institut Kajian MUI bagi makanan, dadah dan kosmetik. 

“Perkembangan mengenai keperluan halal vaksin tersebut sudah lengkap dan dihantar untuk proses penyediaan fatwa dan sijil halal oleh MUI,” katanya. 

Situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan kematian di seluruh dunia menjadikan isu vaksin halal atau sebaliknya bukan lagi satu masalah. 

 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya