Singapura catat satu kes varian baharu Covid-19    - Utusan Malaysia

Singapura catat satu kes varian baharu Covid-19   

VARIAN baharu Covid-19 yang ditemui lebih mudah berjangkit. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kes pertama varian baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura yang ditemui di United Kingdom (UK) dan 11 individu lain yang dikuarantin didapati positif. 

Lapor Reuters, semua kes tersebut merupakan kes import dari Eropah yang menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti ditetapkan semasa ketibaan dan kontak rapat dikuarantin lebih awal. 

Menteri Kesihatan Singapura berkata, tiada bukti menunjukkan strain virus B117 sudah merebak dalam masyarakat. 

Singapura melaksanakan jujukan genomik virus kes positif Covid-19 bagi ketibaan dari Eropah baru-baru ini. 

Strain itu ditemui dalam 31 kes melibatkan pengunjung yang tiba di Singapura dari Eropah antara 17 November hingga 17 Disember lalu dan disahkan menghidapi Covid-19 bulan ini. 

Disebabkan itu, Singapura menghalang pelawat yang mempunyai sejarah perjalanan ke UK bagi menghalang strain baharu merebak di negara itu. 

Dalam pada itu, Setiausaha Kesihatan British, Matt Hancock mengesahkan varian baharu yang lebih berpotensi menyebabkan virus Covid-19 ditemui di Britain melibatkan kes jangkitan pengunjung yang pulang dari Afrika Selatan. 

Bahagian Kesihatan Afrika Selatan berkata, mutasi genetik baharu dijumpai minggu lalu dan besar kemungkinan menyebabkan lonjakan jangkitan kes di sana. 

“Terima kasih kepada keupayaan genomik Afrika Selatan yang mengagumkan, kita sudah mengenal pasti dua kes daripada varian baharu Covid-19 di United Kingdom (UK). 

“Kedua-duanya merupakan kes kontak rapat yang mengembara ke Afrika Selatan beberapa minggu lalu,” katanya. 

Britain berusaha mengekang penyebaran virus Covid-19 yang bermutasi sehingga 70 peratus lebih mudah berjangkit dan kajian lebih lanjut sedang dilakukan pada varian tersebut. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya