Setuju ganja bukan dadah bahaya  - Utusan Malaysia

Setuju ganja bukan dadah bahaya 

GANJA memerlukan proses kajian terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan perubatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kebanyakan rakyat Indonesia bersetuju ganja dikeluarkan daripada senarai dadah narkotik seperti yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Lapor CNN Indonesia, cadangan badan dunia itu bertujuan meluaskan kajian mengenai penggunaan ganja terutamanya dalam bidang perubatan.

Di Indonesia, ganja diklasifikasikan sebagai dadah Kelas 1, sama seperti dadah jenis syabu, kokain, opium dan heroin. 

Artikel 8 Kurungan (1) Undang-Undang Nombor 35 2009 mengenai narkotik menjelaskan narkotik kelas 1 adalah dilarang digunakan untuk perkhidmatan kesihatan. 

Peraturan itu turut menghalang penggunaan, penghasilan dan pengedaran dadah kumpulan itu. 

Setiap individu yang dipercayai menghasilkan atau mengedar dadah narkotik kelas 1 boleh dipenjarakan seumur hidup atau hukuman mati. 

Selepas keputusan PBB itu, CNN Indonesia mendapatkan reaksi orang ramai berhubung penggunaan ganja dalam aspek perubatan di negara itu. 

Ada yang bersetuju dan ada juga yang menolak cadangan itu kerana walaupun digunakan untuk tujuan perubatan, namun, ia memerlukan proses kajian terperinci terlebih dahulu. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya