Selesema burung di Jepun makin buruk - Utusan Malaysia

Selesema burung di Jepun makin buruk

PASUKAN kesihatan melakukan sanitasi di sebuah ladang ternakan ayam di bandar Takahashi, wilayah Okayama, Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kementerian Pertanian mengesan selesema burung di negara ini semakin merebak dengan empat wilayah sudah dijangkiti wabak tersebut.

Lapor Reuters, influenza Avian mula dikesan di sebuah ladang ternakan ayam di bandar Hyuga di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun.

Menurut kementerian tersebut, wabak itu tidak akan menjangkiti manusia biarpun memakan daging atau telur haiwan ternakan yang dijangkiti influenza Avian.

Penularan terburuk sejak 2016 itu bermula pada bulan lalu di wilayah Kagawa di kepulauan Shikoku.

Sebanyak 40,000 ayam di ladang ternakan di Miyazaki akan disembelih dan ditanam, selain aktiviti eksport dalam lingkungan tiga kilometer di sekitar ladang itu juga akan disekat.

Langkah tersebut menyaksikan lebih 1.8 juta ekor ayam akan disembelih sejak wabak tersebut bermula.

Kali terakhir Jepun dilanda wabak selesema burung adalah pada Januari 2018 di wilayah yang sama, menyaksikan 91,000 ayam disembelih.

Penularan wabak terbesar berlaku antara November 2016 dengan Mac 2017 sehingga menyebabkan sebanyak 1.67 juta ekor ayam dihapuskan akibat selesema burung jenis H5N6.

Selsema burung juga dilaporkan berlaku di seluruh dunia dengan Korea Selatan mengesahkan satu lagi kes wabak yang mengakibatkan kira-kira 400,000 ekor ayam dan itik dihapuskan.   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya