LONDON: Sambutan Hari Krismas sudah tentu bermakna bagi pasangan suami isteri Sue Radford, 45, dan suaminya, Noel, 50 apabila kesemua 22 anak mereka dapat berkumpul sama di rumah.
Lapor Mirror, keluarga itu memuat naik gambar mereka sekeluarga dalam media sosial sambil memakai baju tidur.
Digelar sebagai keluarga terbesar di Britain, mereka sering menghabiskan ribuan pound untuk membeli makanan dan hadiah semasa musim perayaan itu.
Menerusi status yang dimuat naik pada malam Krismas, Radfords mengucapkan Selamat Hari Krismas dari ruang tamu rumah Lancashire di Morecambe.
Setiap tahun, pasangan itu akan meletakkan hadiah anak mereka dalam karung rusa supaya tidak bercampur.
Sue dan Noel menghabiskan sebanyak 5,500 pound (RM30,300) bagi membeli hadiah selepas mereka memaklumkan memperuntukkan antara 100 pound (RM550) dan 250 pound (RM1,377) bagi setiap anak mereka tahun lalu.
Keluarga itu turut menyediakan 70 pembalut kertas bagi membuat pembungkusan hadiah setiap tahun.
Pada malam Krismas, Noel juga menyambut ulang tahun kelahirannya ke-50 dengan sejambak coklat.