Sakit jantung rekod kematian tertinggi 2019 - Utusan Malaysia

Sakit jantung rekod kematian tertinggi 2019

SAKIT jantung menjadi penyumbang utama kematian di Malaysia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sejak dua dekad lalu, pembunuh senyap seperti kanser dan diabetes menjadi punca kematian utama di dunia. 

Lapor The Guardian, penyakit itu sekarang berada dalam senarai 10 utama penyebab kematian, iaitu berlaku peningkatan sebanyak empat daripada sepuluh kategori pada 2000 dengan serangan jantung pembunuh paling besar bersamaan 16 peratus daripada semua jenis kematian. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit Alzheimer dan sebarang bentuk demensia menjadi antara senarai 10 teratas punca kematian sementara kematian akibat diabetes meningkat 70 peratus antara 2000 hingga 2019. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, angka baharu itu menunjukkan keperluan untuk mempergiatkan fokus menghalang dan merawat penyakit kardiovaskular dan pernafasan kronik. 

“Ini adalah satu peringatan bahawa kita perlu segera mengambil langkah pencegahan, pengesanan dan rawatan bagi penyakit yang membunuh dalam senyap. 

Sebanyak tujuh jenis penyakit dilaporkan menjadi penyebab kepada 24.4 juta kematian atau 44 peratus kematian global tahun lalu. 

Selepas penyakit jantung yang membunuh hampir sembilan juta orang tahun lalu, strok dan penyakit paru-paru kronik berada di tangga kedua dan ketiga menjadi punca kematian disebabkan pembunuh dalam senyap. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya